Kemudahan awam yang terdapat di Felda Bukit Goh boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang futaL, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, surau dan masjid turut terdapat di Felda Bukit Goh.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti , perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Taman Impian dan Bandar Indera Mahkota.
Masjid Sultan Ahmad Shah Felda Bukit Goh (Sumber : FB, donhafiz)
Pejabat Pos Felda Bukit Goh (Sumber : Google Maps)