mcmc
Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Portal

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional(NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Felda Bukit Goh menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang & Lain-lain)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Felda Bukit Goh telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2021. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Felda Bukit Goh bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 
  AHLI LAMA
1363
  AHLI BARU BULAN JANUARI 2025
15
  KESELURUHAN PADA JANUARI 2025 1378
 
 
KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
  
Nama : Encik Ahmad Amirul Ikshan Bin Ahmad Tajudin
Mula berkhidmat : 15 November 2021
PENOLONG PENGURUS
WhatsApp Image 2023-01-03 at 6.44.59 PM
Nama : Puan Fatneen Binti Othman
Mula berkhidmat : 2 Disember 2022