Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Felda Bukit Goh yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
TASEK KotaSAS
Terletak kira-kira 9km dari bukit goh dan perjalanan mengambil masa 10 minit. TASEK KotaSAS adalah pusat membeli-belah kejiranan yang paling banyak berlaku di KotaSAS Kuantan. TASEK menawarkan 19 lot runcit dan 10 unit medan selera untuk menyajikan gaya hidup moden penduduk dan pengunjung KotaSAS dan Kuantan.
Muzium Sungai lembing
Terletak kira kira 30KM dari bukit goh dan perjalanan mengambil masa 45 minit.Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.
Pantai Teluk Cempedak
Terletak di kuantan perjalanan dari Felda Bukit Goh ke pantai Teluk Cempedak mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pantai Teluk Cempedak terletak di bandar Kuantan,mempunyai landskap yang menarik. Menjadi tarikan utama kepada pengunjung pengunjung yang datang untuk bercuti di Kuantan. Teluk Cempedak juga mempunyai fasiliti yang lengkap pada masa yang sama memudahkan para pengunjung untuk melakukan aktiviti. Di samping itu,terdapat juga Zoo Teruntum yang terletak berdekatan dengan Pantai Teluk Cempedak.
Esplanade Kuantan

Esplanade Kuantan atau dikenali sebagai Benteng amat popular di kawasan Kuantan,menjadi tarikan kepada pengunjung yang mengunjungi kuantan. Laluan pejalan kaki sepanjang 2 km memberi suanana kepada pengunjung menyusuri Sungai Kuantan.Benteng yang dahulunya terkenal sebagai tempat perhentian bas kini dijenamakan semula dengan pembinaan Menara Kuantan 118 dan Laman Teruntum. Ini membuatkan Esplanade Kuantan ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai.
SUMBER:(tourismpahang,warga setempat,)