mcmc
Komuniti

LATAR BELAKANG FELDA BUKIT GOH

YB-SHAHAR

Bukit Goh bukanlah sebuah daerah atau mukim, tetapi merupakan salah satu tanah rancangan FELDA yang terletak di dalam mukim Kuala Kuantan. FELDA Bukit Goh telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan dimajukan oleh FELDA. Ia telah dibangunkan berperingkat-peringkat sebanyak empat peringkat. Kawasannya meliputi kawasan pertanian seluas 2831.86 hektar. Manakala kawasan penempatan seluas 183.10 hektar. Jumlah peneroka yang ditempatkan di FELDA Bukit Goh adalah seramai 671 keluarga. Sumber pendapatan utama penduduk adalah kelapa sawit. FELDA Bukit Goh ditempatkan di DUN Sungai Lembing dan kawasan Parlimen Paya Besar. Namun begitu, tanah rancangan ini telah pun diberi pemilikan individu semenjak tahun 1975. Bukit Goh terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Kuantan dan 25 kilometer dari bandar Sungai Lembing. Kawasan ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan di samping Pengurusan FELDA yang menyelia setiap pembangunan di sekitarnya.FELDA Bukit Goh yang terletak di daerah Kuantan, Pahang ini merupakan sebuah penempatan terancang dengan jumlah penduduknya adalah seramai 3000 orang. Manakala keluasan FELDA Bukit Goh ini ialah 7000 hektar. Komposisi etnik yang terdapat di FELDA Bukit Goh ini ialah 90% adalah merupakan masyarakat Melayu, manakala 5% masyarakat India dan 5% pula adalah masyarakat pendatang. Tiada masyarakat Cina yang menetap di kawasan tanah rancangan ini. Masyarakat FELDA Bukit Goh ini menjadikan kegiatan perusahaan kelapa sawit sebagai kegiatan ekonomi utama mereka. Masyarakat di sini majoriti beragama Islam dan sebahagian kecil beragama Hindu. Taraf hidup masyarakat di FELDA Bukit Goh ini adalah sederhana.

 

AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG

AHLI PARLIMEN

YB DATO’ INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH

(P .084 Paya Besar)

ADUN KAWASAN

YB. Dato’  Haji Md.Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah

(N 17 Sungai Lembing)

 yg-suhaimi

PEGAWAI DAERAH

YM. TENGKU DATO’ NOR ASMALIZA BINTI KU LAH

pegawai-daerah

PENGHULU

Encik Roslan bin Amat 

(MUKIM Kuala Kuantan II)

penghulu

KETUA KAMPUNG

Ahmad Faizal bin Ramli

(Felda Bukit Goh)

ketua-kampung